Saturday, August 28, 2010

excited nk rayer...

urm...x lme ag kta nk rye kn?? hehe... x sabar asenye, nk mkn kuey raye...jpe ank branak. tp assignment byk...huhu, sadis sy. xpe r... nk wt cmne, idup student cmtu r...urm. ok r...cje je nk update bl0g niy. k r...mwahh! papye.

Tuesday, August 24, 2010

Ya Allah...

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan dia akan mejadi teman menapaki hidup Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagiaan diantara kami Agar kemesraan itu abadi Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Pengasih Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ke tepian yang sejahtera dan abadi Tetapi ya Allah... Seandainya telah Engkau takdirkan... Dia bukan milikku Bawalah ia jauh dari pandanganku Luputkanlah ia dari ingatanku Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... Berikanlah aku kekuatan Melontar bayangannya jauh ke dada langit Hilang bersama senja nan merah Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya
Dan ya Allah yang tercinta... Gantikanlah yang telah hilang Tumbuhkanlah kembali yang telah patah Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah ya Tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirMu Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau Maha Mengetahui Segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah... Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku Di dunia dan di akhirat Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian Di dunia ini maupun di akhirat Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup Ke jalan yang Engkau redhai Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Amin....

Monday, August 23, 2010

Bila kta putus cinta, jgn sedih tw... byk cara kta leyh wt tuk lupakn sume niy...urm.

1st... Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2nd... Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3rd... Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4th... Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5th... Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6th... Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7th... Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Friday, August 20, 2010

ataS namA ciNta.....

Atas nama cinta aku tidak berani bersumpah untuk segalanya. Apa yang aku tanggung ini pun sudah amat membebankan. Namun aku bersyukur pada Tuhan kerana akalku boleh membawa diriku kearah yang benar menerima hakikat ada hikmah di sebalik yang terjadi biarpun dalam parah.

Kadangkala kata-kata tidak memberi erti, kalau banyak berkata ada yang tak mengerti. Aku yang amat menyayangi mu, aku yang ingin selalu mendampingi mu kalah dan pasrah dalam lelah untuk memadamkan semua tentang mu. Hilang kata-kata buat mu, tiada lagi janji untuk aku beri kalau kau tak mengerti.

Pintamu untuk aku terus mengejar kebahagian, biarkan dirimu terus terluka. Dan kau mahu agar aku tidak menoleh lagi, biar kisah silam terus padam. Kau mohon agar aku terus sejahtera, biarpun kau tahu kita sama-sama terluka. Kau hadiahkan aku dengan kalimah suci milik NYA sebagai penawar hiba di hati dan menemani aku yang kemana jua. Terima kasih pada mu..tapi sampai saat ini adakah kau mengerti kenapa kita perlu menamatkan hubungan ini?

Aku kah yang berkorban atau kau yang terkorban..tiada sudah jawapan untuk ini lagi. Biapun sudah lama berlalu namun aku tidak dapat lari untuk selalu merinduimu dan sebenarnya aku ingin berhenti dari merindui mu kerana merindui diri mu amat membebankan, menyiksakan. Semuanya tiada dalam fikiran namun semua yg berlaku itu dengan izin Allah.

Bagai seekor burung terbang bebas, aku pergi dan aku pulang, menimba dan menyusuri cerita kehidupan aku dan manusia sekeliling. Satu persatu orang yang aku sayangi pergi dariku untuk selamanya. Kau tahu itulah ujian Allah buat ku, aku terima kerana kata mu, aku di uji kerana aku kuat. Dan di sisa-sisa hidup ku ini kau kini pasti mengerti kenapa aku terus bersendiri dan meminta kau pergi..kerana aku tidak mahu kau lebih merana dan terus tersiksa dengan apa yang aku tanggung dan hadapi, biarpun ajal maut dan jodoh di tangan Tuhan namun aku mahu Tuhan temukan kau dengan yang lebih baik untuk masa yang panjang.

Dan..aku tika sujud pada NYA, tidak pernah lupa bersyukur kerana di temukan dengan mu dan aku mohon maaf jua kerana menoktahkan semua ini.
Akhir kata, Kasih.. kupohon maafkan diriku... aku ingin berhenti merinduimu..

Monday, August 16, 2010

misS mY freNz

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita



















Sunday, August 15, 2010

sEnyumAn

ari ni baru aku kenal erti senyuman... Selama ini aku menganggap senyuman itu hanya layak kpd org yg kita kenal, huhu. Tp sebenarnya x, cz senyuman tu membawa mksud yg lebih mendalam lg dn boleh membawa seribu erti dlm kehidupan seharian kita. X salah kalau kita senyum pada org yg kita x kenal, mereka juga manusia biasa yg mempunyai perasaan sama seperti kita. Lebih2 lg pada org yg lebih tua... dlm kampus pn kita boleh senyum pada mak cik cleaner..diorang ada hati dan perasaan gak, x gtu?? urm.....s0, jgn kedekut utk senyum k, dun wry...x kne bayar satu sen pn. stu agi...knp k0wg perlu bermasam muka dgn kawan2 bila k0wg ada masalah sendiri?? hell0..!! kawan2 kita pn ada perasaan gk lar...d0wg x bersalah, x tw apa2...jgn hukum d0wg,

Wednesday, August 11, 2010

ph0togrAphy

di UiTM ak amek gak subject photography...
di cni ak ad sdikit gmbar tuk d masukkan ke dlm bl0g ak yg x brapa nk cantek niy..hee.


Tuesday, August 10, 2010

stArtiNg....

This is my first post. Many more things that I did not know about the blog. Hopefully you all can give a little teaching about the blog department. Thanks.